Malindo Air Penerbangan Murah ke Sabah & Sarawak

Filed in artikel, Info Percutian by on April 10, 2013 0 Comments • views: 259

penerbangan malindo air 2

Malindo Air adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baru di lancarkan pada 22 march 2013 yang lepas. Pada tahun pertama dan permulaan syarikat ini hanya menawarkan destinasi ke Kepulauan Borneo Malaysia iaitu Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ke Kuching.

Harga Tambang Murah…

Pelancaran yang dibuat disusuri dengan harga promosi tambang murah iaitu RM68 sehala untuk ke Kota Kinabalu & RM38 sehala untuk penerbangan ke Kuching. Apa yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif Chandran Rama Muthy Malindo Air harga promosi ini saja dikekalkan sehingga October tahun ini bagi memberi peluang pelanggan merasai sendiri pengalaman bersama Malindo Air. Pelepasan bagi penerbangan Malindo Air pula adalah adalah di lapangan terbang antarabangsa iaitu di KLIA. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada penumpang dengan kemudahan yang banyak dan terkini yang terdapat di KLIA.

penerbangan malindo air

Tiada Caj Bagasi

Apa yang menariknya lagi, Pihak syarikat Malindo Air tidak akan mengenakan sebarang caj untuk bagasi iaitu 30kg untuk kelas perniagaan dan 15kg untuk kelas ekonomi. Malindo Air memudahkan lagi pelanggan mereka dengan semua penempahan dibuat diatas talian secara online. Untuk sebarang tempahan boleh klik disini

malindo air

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

About the Author ()

Kami di majalahcuti.com terdiri dari beberapa individu yang mempunya minat yang mendalam dengan percutian. Banyak tempat yang telah kami jelajahi sama ada di dalam atau luar negara dan ingin kami kongsikan bersama anda semua segala tips yang telah kami pelajari semasa percutian kami. Oleh itu kami krew majalahcuti akan memberikan info yang terbaik, yang tiada di pasaran semasa khas untuk anda agar anda sentiasa up-to-date dengan info percutian terkini sama ada bertaraf tempatan ataupun dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *