#5 Destinasi Menarik Di Bali

Filed in artikel, Destinasi, Info Percutian by on January 13, 2013 0 Comments • views: 215

Tempat Menarik di Bali

Siapa yang tidak kenal dengan Pulau Bali, yang mana diantara Pulau Paling Popular di rantau Asia dan dunia. Mengikut majalah Travel + Leisure Bali mendapat kedudukan ranking kedua dalam kedudukan ketagori World’s Best Award 2012. Jadi dikesempatan ini pihak crew majalahcuti ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi tempat yang menarik di Pulau Bali yang terletak di Indonesia. Dibawah kami kongsikan #5 tempat destinasi Bali

#1-Ubud Kintamani

tempat menarik bali 5

Ubud kintamani adalah kawasan tanah tinggi yang mana terdapat sebuah gunung berapi yang separa aktif disini. Lokasi ini menjadi tarikan dengan lambakan restaurant yang menawarkan pandangan panorama yang cantik dan indah mengadap gunung berapi tersebut. Tiupan angin yang kuat menenangkan lagi suasana makan tengah hari disini.

menarik di bali

Di ubud terdapat pelbagai panorama dan juga terdapat banyak kuil besar yang berusia beratus tahun di daerah ini. Kolam di atas adalah salah sebuah kolam yang terdapat di kuil terbesar tersebut. Kepercayaan mereka mengatakan tujuan mereka mandi adalah untuk penyucian jiwa rohani sebelum mengadap tuhan. Air yang keluar tersebut adalah original dari sumber mata air yang terdapat berdekatan dengan kuil tersebut dan ia juga tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik. Dikawasan ubud juga anda boleh menyaksikan panorman indah rice terrace iaitu pada bukit yang sangat indah.

#2-Nusa Dua

destinasi menarik bali-4

Mengikut info yang diberikan guide kepada crew majalahcuti tempoh hari sewaktu berkunjung ke bali kawasan Nusa Dua adalah terletaknya banyak hotel mewah yang bertaraf 4 bintang dan keatas. Aktivi disini lebih kepada aktiviti air di pantai. Disini juga anda berkesempatan menaiki boat (Island Hoping) untuk  melihat Baby Shark serta Penyu.

#3-Uluwatu

destinasi menarik bali-3

Uluwatu adalah berdekatan dengan Nusa Dua yang mana hanya memakan masa selama 45 minit sahaja jika menggunakan kenderaan. Ia dikenali oleh orang tempatan sebagai Pura Luhur Uluwatu. Kerana disini terdapat sebuah temple yang diberi nama Uluwatu Temple. Di temple ini terdapat kumpulan besar habitat monyet yang mana kadang kala ia akan mengganas sekiranya mereka terasa terancam. Selain itu disini juga menjadi tarikan mereka yang sukakan aktiviti luncur air (surfing).

#4-Tanah Lot

tanah lot

Ini diantara tempat wajib bagi siapa yang berkunjung ke Bali. Pulau yang di tengah-tengah itu sebenarnya hanya boleh dimasuki oleh orang-orang tertentu sahaja. Mengikut fahaman hindu sana, mereka yang boleh masuk ke situ adalah orang yang hendak menyucikan diri dan pelancong sama sekali tidak dibenarkan masuk di dalam nya. Bila mana air laut surur ia akan kelihatan seperti tergantung.

#5-Jinbaran Beach

destinasi menarik bali-5

Disini adalah tempat paling romantik. Bagi mereka yang pergi bulan madu ke Bali maka untuk meluangkan masa makan malam (candle Light dinner) disini adalah tempat terbaik untuk kalian. Untuk pasangan yang muslim disini juga terdapat restoran khas untuk menyajikan makanan halal. Jadi anda tidak usah risau nikmatilah deruan ombak,sinaran matahari yang hendak terbenam sambil makan dan berborak manja dengan si dia. Kami pasti ia adalah memory luar biasa hebat dalam hidup anda.

Tags: , , , , , , , , ,

About the Author ()

Kami di majalahcuti.com terdiri dari beberapa individu yang mempunya minat yang mendalam dengan percutian. Banyak tempat yang telah kami jelajahi sama ada di dalam atau luar negara dan ingin kami kongsikan bersama anda semua segala tips yang telah kami pelajari semasa percutian kami. Oleh itu kami krew majalahcuti akan memberikan info yang terbaik, yang tiada di pasaran semasa khas untuk anda agar anda sentiasa up-to-date dengan info percutian terkini sama ada bertaraf tempatan ataupun dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *