#5 Tempat Membeli-belah di Bandung Wajib Pergi

Filed in Destinasi, Info Percutian, Shopping by on August 27, 2012 0 Comments • views: 1550

Sebut saja mengenai Bandung pasti ramai yang sudah mula menggambarkan betapa seronoknya jika membeli-belah di bandar ke empat terbesar di Indonesia ini. Sememangnya membeli belah adalah aktiviti utama sekiranya kita berkunjung ke Bandung. Post kali ini krew majalahcuti ingin berkongsi serba sedikit mengenai Shopping Bandung dan tempat Shopping yang popular di sana.

1#- Pasar Baru

Tidak boleh dinafikan di sini adalah tarikan terbesar ramai orang kita yang berkunjung ke Bandung untuk membeli-belah. Mempunyai lapan aras dimana di tingkat atas sekali adalah tempat untuk santapan bila mana sudah keletihan membeli-belah. Kononnya yang muda-mudi mengatakan tempat ini adalah “lokasi wajib” makcik-makcik. Baranngan yang terdapat disini adalah barangan keluaran mereka sendiri  seperti kain sulaman, telekong, kain pasang, baju kurung, tudung, kasut, tas tangan , jeans, t-shirt dan bermacam-macam lagi.

Bandung Shopping

Ada juga yang datang kesini untuk membuat tempahan baju,langsir dan blazer yang mana kesemua ini boleh disiapkan dalam masa hanya beberapa hari. Bukan dalam masa yang singkat saja mereka boleh siapkan tempahan malah dikatakan juga mereka menhasilkan kerja yang bermutu tinggi dengan harga yang jauh lebih rendah yang dibuat di Malaysia. Jadi jika anda ke Bandung tetapi tidak ke Pasar Baru maka ia adalah satu kerugian yang besar. Melihat orang kesesakan membeli-belah yang mana tidak akan dapat dilihat disini.

Di bahagian bawah pasar baru ada  menjual kudap-kuda tempatan seperti pisang bakar,kacang,sagun,kuih-muih dan pelbagai jenis makanan kering.

Bandung Shopping

2#-Jalan Riau/Riau Street

Oh! yeah… disinilah tempat anak-anak muda akan rambang mata. Kalau boleh semua dia nak beli. Disini juga diantara jalan yang popular untuk anak-anak muda membeli pakaian terkini. Bukan saja harga jauh beza malah kualiti juga boleh dikategorikan sebagai empat bintang jika pandai memilih. Diantara factory outlet yang terdapat disini adalah Heritage,Cascade,The Summit,For Men,The Stamp,The Secrect, Terminal Tas, Batik Danar Hadi dan banyak lagi. Jadi disini juga adalah destinasi wajib shopping wang rupian kamu!

bandung shopping 5

3#-Jalan Dago

Dah puas ke Jalan Riau dan pastikan balance wang rupiah masih banyak kerana destinasi ke Jalan Dago pula adalah sama hebat  seperti mana Jalan Riau. Barangan yang sama tetapi pattern dan design yang berlainan. Pilih…pilih.. Diantara Factory Outlet yang terdapat disini adalah Grande, Episode, Edward Forrer ,Natural dan banyak lagi.

Bandung Shopping 8

4#-Jalan Setiabudi

Apa..Kamu masih banyak wang rupiah? usah kuatir pak & ibu,Kita bisa sambung ke destinasi shopping seterusnya. Disini juga menjadi kegilaan rakyat Malaysia untuk membeli-belah iaitu Jalan SetiaBudi. factory Outlet yang terdapat disini adalah Rumah Mode (factory outlet yang selalu dibual-bualkan), Donatello, Mark, dan banyak lagi. Jadi apa tunggu lagi let’s Shopping..!

bandung shopping 7

5#- Jalan Cihampelas

Untuk penduduk tempatan Bandung jalan ini digelar sebagai “Jeans Street”. Ini kerana kebanyakan factory outlet yng terdapat di jalan ini menjual pakaian dari jenis kain jeans. Maka segala jenis pakaian dari seluar,baju,jaket serta topi jeans boleh didapati di  Jalan Cihampelas ini.

bandung shopping 6

Kesemua tempat yang diberitahu diatas adalalah tempat wajib pergi untuk mereka yang hendak berkunjung dengan niat membeli-belah. Ada diantara kita menghabiskan masa sehingga sehari suntuk untuk satu destinasi sahaja. Walaubgaimanapun bergantung cara kita sendiri. Jika suka kita lebihkan masa disitu jika tidak.. What Next..! :)

Tags: , , , ,

About the Author ()

Kami di majalahcuti.com terdiri dari beberapa individu yang mempunya minat yang mendalam dengan percutian. Banyak tempat yang telah kami jelajahi sama ada di dalam atau luar negara dan ingin kami kongsikan bersama anda semua segala tips yang telah kami pelajari semasa percutian kami. Oleh itu kami krew majalahcuti akan memberikan info yang terbaik, yang tiada di pasaran semasa khas untuk anda agar anda sentiasa up-to-date dengan info percutian terkini sama ada bertaraf tempatan ataupun dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *