Barang yang dilarang atas pesawat

Filed in Keselamatan, Tips by on March 7, 2012 0 Comments • views: 1058

Kerap kali kita melihat barang yang akan disita/rampas semasa pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat. Banyak barang yang tidak dianggap merbahaya pada mata penumpang tetapi masih dirampas kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan penumpang tentang barang yang dilarang di bawa ke atas pesawat. Berikut adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA) atau Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa mengenai barang yang dilarang dibawa oleh penumpang ke atas pesawat.

Barang yang dilarang atas pesawat

Gambar – survivaltoday

1. Senjata.
Semua senjata seperti pistol, senapang, handgun, peluru, bom tangan, gas pemedih mata atau apa juga jenis senjata tidak dibenarkan dibawa naik ke pesawat. Permainan yang berbentuk senjata atau replika senjata sama ada dibawa naik ke kabin pesawat atau dibawa masuk melalui bagasi tidak dibenarkan sama sekali walaupun anda mempunyai lesen sah senjata kerana ditakuti anda akan diberikan percutian khas percuma di penjara pula nanti.

2. Barangan tajam.
Pisau, gunting, pemecah ais, mata pisau cukur, pembuka botol, pemotong kuku dan semua jenis barangan yang tajam tidak dibenarkan dibawa naik ke atas pesawat tetapi dibenarkan dibawa melalui bagasi besar anda, bukan bagasi tangan yang dibawa naik ke kabin pesawat. Fail kerja yang mempunyai paku pengelip besi dan payung juga dilarang bawa naik kerana ia boleh dijadikan senjata.

3. Barangan sukan.
Raket skuasy / tenis / badminton / pingpong, batang golf / hoki / ski / baseball / lacrosse / pool, kasut luncur ais atau apa juga peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang naik ke atas pesawat. Simpan peralatan sukan anda didalam bagasi besar kerana pihak penerbangan tidak menyediakan padang atau kawasan yang luas untuk anda bersukan di dalam kapal terbang dan anda sudah tentu tidak mahu peralatan sukan kegemaran anda disita pihak keselamatan.

Barang yang dilarang atas pesawat

Gambar – google

4. Tin/alat penyembur aerosol.
Penyembur rambut / badan, deodorant, racun serangga, tin isian pemetik api, penyembur lada (pepper spray) dan semua jenis alat penyembur tidak dibenarkan dibawa naik kerana alat penyembur aerosol biasanya mengandungi gas yang boleh menyebabkan kebakaran dan mudah meletup akibat suhu panas tetapi boleh dibawa melalui bagasi besar.

5. Cecair.
Cecair yang mudah terbakar seperti minyak, cat, thinner dan cecair pemetik api dilarang dibawa naik ke atas pesawat. Anda juga tidak boleh membawa cecair yang berlebihan ke atas pesawat. Semua jenis cecair dan gel yang tidak merbahaya mestilah didalam bekas tidak melebihi 100ml kemudian dibungkus di dalam beg plastik transparent yang boleh di seal. Maksimum jumlah yang dibenarkan ialah 1 liter. Terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan lebih dari had seperti ubat, susu / makanan bayi dan menu diet special dengan priskripsi doktor.

Barang yang dilarang atas pesawat

Gambar – Apple

6. Alat elektrik.
Tiada masalah jika anda membawa alat elektrik seperti pemain CD/MP3, komputer riba dan kamera naik ke atas kabin tetapi alat tersebut boleh beroperasi dengan baik dan mempunyai bateri. Pihak keselamatan berhak meminta anda membuka dan memastikan alatan tersebut selamat. Jika tidak anda perlu meletakkannya didalam bagasi besar anda atau lebih teruk lagi dirampas.

Telefon bimbit boleh dibawa dan digunakan tetapi perlu ditutup sewaktu attendan pesawat menutup pintu pesawat dan boleh diguna kembali selepas pintu pesawat dibuka. Untuk mengelakkan menjadi punca kebakaran, semua alat elektronik perlu ditutup sewaktu proses mengisi minyak dilakukan atau sewaktu mendapat arahan khas dari juruterbang atau attendan pesawat.

7. Barang merbahaya.
Bahan kimia yang merbahaya seperti asid, radioaktif, bahan letupan, bunga api dan racun tidak boleh dibawa naik sama ada melalui bagasi tangan atau besar. Agak pelik juga jika anda membawa barang sebegini sewaktu bercuti kerana anda hendak bercuti dan bukannya membunuh diri. Hehe.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *